Thursday, May 22, 2008



Harimau , Buaya & Tikus


Kisah bermula apabila seorang hamba Allah pergi bersiar-siar di tepi hutan.Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tiba-tiba dia terdengar satu bunyi....aauuummmmm !!!!!.... bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu mengejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek je. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi harimau yg lapar tu menunggunya.


Si hamba ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri,sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Hamba Allah ni pun berfikir bagaimana nak selamat.Tiba- tiba dia terdengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah.....lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Sudah jatuh ditimpa tangga. Bertambahlah takut hamba Allah ni. Di atas ada harimau,di bawah ada buaya. Ketika sedang asyik berfikir untuk mencari jalan keluar tiba-tiba keluarlah seekor tikus putih dari lubang di celah-celah perigi dan terus naik ke atas ikut tali yg hamba allah tu bergayut. Sampai sahaja di atas, tikus tersebut terus sahaja menggigit tali tu pula. Tidak beberapa lama kemudioan,keluar pula seekor tikus yg berwarna hitam. Tikus itu pula mahu mengikut tali tadi, cit!cit!cit! cit! Sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.


"Cis,lagi satu . Macamana nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya." Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya.

"Macam mana nih..." Sedang hamba Allah tu berfikir bagaimana nak selamatkan dirinya, tiba-tiba dia terdengar satu bunyi....uuuuuuuuuu uuu...Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang membawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si Hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap madu ni." Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah.


Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, maka beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus putih dan hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yg sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali. Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah memang sentiasa ingat.

Banyak sekali hadith Rasulullah s.a.w tentang kemurahan hati wanita; ada yang mengajak bersikap pemurah dan berderma; ada yang memuji; dan sebagainya. Diriwayatkan dari Aisyah r.a bahawa para sahabat menyembelih seekor kambing, kemudian Rasulullah s.a.w bertanya, "Apa yang tersisa darinya?" Aisyah menjawab, "Tidak ada yang tersisa melainkan baunya." Rasulullah s.a.w seperti membenarkan: "Bukankah yang tersisa adalah seluruh dagingnya selain baunya?"
Dengan ucapannya itu, Rasulullah s.a.w menjelaskan kepada keluarganya bahawa apa yang mereka dermakan, pahalanya akan kekal sampai hari qiamat, semetara yang tersisa di dunia, kemudian mereka memakannya, maka pahala mereka tidak akan bermanafaat di akhirat. Ini adalah isyarat yang sangat mulia agar sering bersedekah untuk meraih keredhaan Allah.
Rasulullah s.a.w pernah menasihati Asma', saudara perempuannya Aisyah untuk bersedekah agar menambahkan kemurahanNya padanya. Kata Asma', Rasulullah pernah berkata kepadaku:
Janganlah kamu perhitungkan, kerana kamu akan dibalasi oleh sikapmu itu sendiri. (Hadith riwayat Al-Bukhari)
Dalam satu riwayat disebutkan:Bersedekahlah, berdermalah, atau berkorbanlah kalian dan janganlah kalian perhitungkan, kerana Allah akan membalas kalian dengan sikap yang sama. Janganlah kalian mengingat-ingat kebaikan kalian, kerana Allah akan membalas kalian dengan sikap yang sama pula. (Hadith riwayat Muslim)
(dipetik dari buku Janganlah Bersedih: Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia oleh Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni)
Mutiara Kata
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu..
-Ibnu Qayyum-
SIAPAKAH KEKASIH YANG TERCINTA ITU?
Tiadalah hawa nafsu kecuali selalu memperturutkan apa yang dibiasakan oleh yang bersangkutan. Jika diperturutkan kemahuannya, ia akan ketagihan dan jika tidak, ia tidak menuntut.
Apakah engkau telah melihat dirimu sendiri dan bertanya seberapa besar engkau mencintai Rasulullah s.a.w? Apakah engkau menyedari bahawa bukti cinta tersebut adalah melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w dan meninggalkan apa yang telah dilarangnya?
Perhatikanlah kembali perasaan anda dan arahkanlah perasaan anda mula-mula ditujukan kepada Allah s.w.t kemudiannya kepada manusia (Nabi Muhammad s.a.w) yang telah menyelamatkan kita dari kesesatan. Ingatlah selalu bila anda menginginkan kedudukan yang tinggi di syurga suatu hadith daripada Rasulullah s.a.w:
"Seseorang itu akan dihimpunkan bersama dengan orang yang dicintainya" (Hadith riwayat Al-Bukhari)
Di antara bukti dan tanda pertama yang membuktikan cinta seseorang kepada Rasulullah s.a.w adalah dengan melakukan segala yang diperintahkan olehnya. Jadi, bagaimana sesorang menganggap dirinya telah mencintai Rasulullah s.a.w, sementara dia sendiri melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan oleh Baginda, tidak mengikuti sunnahnya dan tidak pula mentaati petunjuk yang dibawanya.
(dipetik dari buku Janganlah Bersedih: Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia oleh Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni)
Salam Ukhwah